Powerpuff Girls, Buttercup

Labels

favourite (8) umum (7) Ramadhan (3) life (3) info (2) saje (2) JAD (1) rAyA (1)

Friday, September 7, 2012

Alhamdulillah for everything


Ada tonton satu video di youtube dan suka akan ayat dalam video tu.
“Alhamdulillah for everything”
Allah uji kita dengan berbagai cara. Melalui nikmat, dugaan, kegagalan dan macam-macam lagi.
Allah juga berikan kita rezeki dan kemudahan dari pelbagai sudut yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedari.
Apa pun yang Allah kurnia dan uji kita perlu bersyukur dan berlapang dada.
“Alhamdulillah for everything”
Kadang-kadang kita rasa tak larat untuk hadapi semua ujian. Tapi kita kene percaya bahawa
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (2:286)”
Oleh sebab itu, jangan doa untuk dijauhkan dari segala dugaan dan cabaran. Tapi berdoa supaya dikuatkan iman dan hati atas segala dugaan dan cabaran. Saya juga suka berdoa supaya Allah singkapkan hikmah atas segala dugaan, cabaran dan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.
Sebagai hamba-Nya, kita tidak layak untuk persoalkan mengapa dan kenapa Allah uji kita dengan ujian yang kita rasa berat kerana hanya Pencipta yang mempunyai ilmu tentang ciptaan-Nya dan hanya Allah yang tahu akan masa hadapan.

Allah terlalu baik!
Ada masanya, Allah tunjukkan bahawa Dia makbulkan doa kita. Alhamdulillah.
Tetapi diri ini masih alpa dan lalai akan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-Nya. Apabila sedar akan kealpaan diri sendiri, bukan bermakna duduk diam dan sedih sendirian, tetapi harus bangun and make Allah pleased!
Ye, memang rasa susah untuk bangun. Kita harus ingat bahawa yang Maha Kuat dan Maha Kaya adalah Dia dan kepada-Nya harus kita berdoa mohon kekuatan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (2:153) ”
Semoga diri ini lebih dahulu bertindak untuk membaiki diri dan iman. Dan semoga Allah buka pintu hati kita semua (saya dan para pembaca) untuk melakukan lebih banyak kebajikan. Kebajikan itu syurga balasannya.
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (4:57)”
“Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalamsyurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun (4:124)”
-Salam Aidilfitri-

Friday, July 20, 2012

The biggest sale in the whole year!



Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita semua diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa dengan Ramadhan untuk tahun 1433h ini.
Apa kaitan biggest sale dengan Ramadhan?
Sebelum menjawab dengan lebih lanjut, kita tonton dulu video di bawah. Video khutbah Rasulullah tentang Ramadhan.

Inilah rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita semua sepanjang bulan Ramadhan. Allah buka pintu-pintu syurga, tutup pintu-pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan sepanjang bulan Ramadhan ini. Allah beri ganjaran amalan berlipat kali ganda dan nafas kita Allah kira sebagai tasbih! Jelas, betapa besar rahmat Allah di bulan Ramadhan ini sehingga nafas ada ganjarannya yang tersendiri.
Sebagai ingatan kepada saya khususnya, dimanakah kita ketika Allah buka jualan hebat untuk hamba-hambanya? Ketika Allah berikan rahmatNya, adakah kita berusaha memilikinya? Allah buka pintu syurga seluas-luasnya dan tutup pintu-pintu neraka serapat-rapatnya kerana Allah mahu semua hamba-hambanya merasa nikmat syurga, tetapi adakah kita sentiasa berdoa untuk ke syurga Allah?  Kasihnya Allah kepada kita dengan memberi ganjaran khatam satu al-Quran di bulan lain hanya dengan membaca satu ayat al-Quran di bulan Ramadhan, adakah kita berusaha memiliki kasih Allah itu sedalam-dalamnya?
Astaghfirullah, hina rasa diri ini kerana sentiasa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan Allah sentiasa membuka peluang untuk kita kembali kepadaNya terutamanya ketika bulan Ramadhan. Mari kita menahan keburukan kita dan semoga Allah menahan kemurkaanNya pada kita di akhirat kelak. Semoga Ramadhan tahun ini dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada kita sebagai bekalan di bulan-bulan yang berikutnya. Perbanyakkanlah amalan kita sepanjang Ramadhan tahun ini seperti ini Ramadhan terakhir kita kerana sememangnya kita tidak pasti sama ada kita dapat bertemu Ramadhan 1434h nanti.
“Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan Al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tiada seseorang pun yang akan melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang melalui pintu ini kecuali mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua termasuk dalam golongan di atas. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita dan harap saya dapat masuk pintu Al-Rayyan bersama-sama anda semua!

Sunday, July 15, 2012

Perlakuan yang sekejap menentukan balasan yang lama



Perlakuan yang sekejap, balasan yang lama?
Di sini, perlakuan yang sekejap bermaksud perlakuan kita di dunia ini. Mengapa sekejap?
“Para malaikat dan jibril naik (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”(70:4)
Berdasarkan ayat di atas, para ulamak membandingkan bahawa sehari di akhirat bersamaan dengan 50,000 tahun di dunia. Bermaksud, jika dibandingkan dengan hari akhirat, dunia ini sememangnya sekejap. Ayuh kita mengira. Pegang kalkulator masing-masing. Jika kita melakukan kesalahan (dosa) dalam masa sesaat, jika Allah balas dengan balasan yang sesaat di akhirat, lebih kurang bersamaan dengan setengah hari (12 jam) dunia. Contoh yang paling senang, kita mengumpat saudara seIslam kita dalam masa 30 saat, bayangkan berapa lama kita di balas dengan memakan daging saudara sendiri di akhirat kelak. Azab balasan Allah itu hanya Allah sahaja yang tahu, saya tidak layak menilai tentang itu, tetapi di sini kita haruslah bersama-sama muhasabah diri kita tentang perlakuan kita di dunia ini yang menentukan kehidupan kita di akhirat kelak. Boleh jadi, perbuatan baik kita yang hanya sesaat di dunia ini diberi ganjaran yang lama oleh Allah di akhirat kelak.
Kita harus ingat balasan Allah terhadap perlakuan dosa yang kita lakukan tapi bukanlah bermakna kita berputus asa dan terus menerus melakukan kesalahan dan dosa kerana merasakan diri ini sudah terlalu banyak melakukan dosa dan seperti sudah tiada pengampunan dari Allah. Sebaliknya, kita harus balik kembali kepada Allah. Dia maha mengetahui, maha pengampun, maha pengasih lagi maha penyayang. Ya, ada masa kita rasa hina untuk memohon ampun kepada Allah atas segala kesalahan dan kealpaan kita terhadap perintah dan larangan-Nya. Tetapi hanya Dia yang boleh mengampunkan kita dan kembali kepadaNya adalah solusi yang terbaik bagi setiap kesalahan yang kita lakukan. Tiada erti terlambat dalam bertaubat kecuali apabila matahari sudah terbit dari barat ke timur. Nauzubillahuminzalik.
Adakalanya, saya sendiri merasakan bahawa saya tidak layak menulis tentang ini kerana diri ini juga banyak dosa terhadap Allah, namun, saya harap perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Semoga saya yang terlebih dahulu sedar dan memperbanyakkan amal kerana Allah.
 “Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka”(2:201)

Sunday, July 1, 2012

Nisfu Syaaban



Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban iaitu 15 Syaaban yang mana buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14 Syaaban(sebelum maghrib 15 Syaaban) dan digantikan dengan buku amalan yang baru(waktu maghrib 15 Syaaban) untuk sepanjang tahun yang berikutnya. 

Berdasarkan hasil pembacaan, berbeza dengan solat sunat terawih di bulan Ramadhan, tiada amalan ibadah yang dikhususkan hanya pada 15 Syaaban seperti qiamulail, puasa dan sebagainya. Tetapi semua amalan itu boleh dilakukan pada setiap masa termasuk semasa nisfu Syaaban. Berdasarkan beberapa hadith;

Dari Usamah b. Zaid ra. berkata, “Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”-Riwayat An-Nasaie-

Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) “Kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13,14 dan 15 haribulan), 2 rakaat Dhuha dan solat witir sebelum aku tidur”. –Riwayat Al-Bukhari-

Dari Abu Hurairah ra. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada Aku, untuk Aku memperkenankan doanya? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya? Mana orang yang memohon keampunan-Ku, untuk Aku mengampuninya?”-Riwayat Al-Bukhari-

puasa pada nisfu Syaaban termasuk dalam puasa sunat 13,14 dan 15 hari bulan pada setiap bulan. Ibadah qiam pula adalah ibadah yang sunat dilakukan pada setiap hari termasuk malam nisfu Syaaban di mana Allah turun ke langit dunia mencari hamba-Nya yang memohon kepada-Nya. Peringatan untuk diri sendiri juga, di manakah kita pada 1/3 malam sedangkan Allah turun ke langit dunia untuk memperkenankan doa, memberi pintaan dan keampunan? Jika kita masih lena dibuai mimpi, ayuhlah kita sama-sama berusaha untuk melawan nafsu tidur kita dan gunalah masa itu dengan sebaiknya untuk mendampingi Tuhan kita.

Ayuhlah sahabat, tiada istilah terlambat dalam beribadah dan bertaubat kepada Allah kecuali apabila matahari terbit dari barat ke timur. Mulakan perubahan mengikut kemampuan, walaupun sedikit yang penting adalah berterusan. Hal ini berdasarkan hadith;

Aisyah ra. meriwayatkan dengan berkata bahawa Nabi bersabda “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga yang jemu(dulu-penat)”. Aisyah ra. menyambung “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakan secara konsisten .”-Riwayat Al-Bukhari-

“Allah tidak pernah jemu dengan kita sehingga kita yang jemu dahulu” malu rasanya dengan Allah. Berdoalah secara berterusan agar Allah perbaharui dan tingkatkan iman kita dan agar kita diberi kekuatan untuk lebih taat kepadanya, kerana itu semua datang daripada Allah. Sungguh hidayah itu milik-Nya, namun bukanlah menjadi alasan untuk kita berdiam diri dan menunggu hidayah itu datang dengan sendirinya, kita perlu berusaha untuk memperolehinya dengan sentiasa mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Siapalah kita untuk menunggu hidayah Allah tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan Nabi saw yang dijanjikan syurga tidak pernah berhenti untuk beribadah dan mentaati Rabbnya.

Thursday, June 28, 2012

Aku dan Syaaban


Kini sudah satu pertiga Syaaban. Dulu semasa kecil, aku tidak pernah merasakan keistimewaan Syaaban. Apa yang aku tahu, Ramadhan lagi sebulan dan bazaar Ramadhan akan ada di pekan nanti.

“Sebelum bukak puasa, round satu bazaar mmg best. Makanan sedap-sedap, air warna warni, murtabak, ikan keli bakar. Sedap!”

Kata hati aku semasa kecil hinggalah 2 tahun yang lalu. Satu lagi kenangan yang masing tinggal di kotak fikiranku, pada 15 Syaaban akan buat bacaan yassin 3 kali dengan niat diampunkan dosa, dimurahkan rezeki dan menolak bala sebab pada waktu maghrib buku amalan kita diangkat ke langit.

Itulah kenangan bulan Syaaban aku.

Alhamdulillah, kini Allah buka pandangan mata dan kotak pemikiranku terhadap bulan Syaaban. Berada dalam tarbiyah membuatkan aku faham banyak benda tentang agama yang aku anuti. Dulu aku fikir aku dah cukup faham agama aku.

“Sekolah agama Johor lulus sampai darjah khas, ilmu penuh di dada.”

Pemikiran aku dulu. Jelas sangkaan aku salah. Banyak lagi ilmu agama aku yang aku tidak tahu. Sebelum ini, aku terima saja apa yang orang kata tentang Islam dan percaya. Alhamdulillah, kini aku akan percaya sesuatu perkara tentang Islam jika terdapat dalil dalam al-Quran atau hadith. Jika pandangan para ulamak, aku cuba fahami dengan betul-betul sebelum menerima atau mempercayai sesuatu itu.

Kini, semua ini juga telah mengubah persepsi aku terhadap Syaaban. Ternyata Syaaban bukan bulan biasa. Pada bulan inilah Rasulullah perbanyakkan ibadah puasa baginda dan ini jelas dalam hadith sohih ;

Daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.” –Riwayat Bukhari dan Muslim-

Berdasarkan hadith yang lain dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty;

Dari Usamah b Zaid r.a berkata, "Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban". Rasulullah bersabda, "Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa" -Riwakat An-Nasaie-

Memang ternyata benar. Dulu, semasa bulan Rejab, aku sering berpuasa tetapi apabila sampai bulan Syaaban berehat, dengan alasan;
"Berehat sebelum bulan Ramadhan. Bila dah bulan Ramadhan tak boleh tak puasa."
Astagfirullah, teruk aku pada waktu itu. Alhamdulillah kini ada perubahan dan aku mohon ya Allah agar aku dapat berusaha menjadi yang lebih baik di masa akan datang.
Aminn.

Perbanyakkan puasa di bulan Syaaban adalah salah satu strategi untuk cemerlang berpuasa dalam bulan Ramadhan;

 Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi s.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Bukan setakat puasa yang perlu kita perbanyakkan dalam bulan Syaaban ini, segala amalan sunat, solat malam, infak dan sebagainya. Berdasarkan hadith di atas, jelas mengatakan sedekah yang paling afdhal adalah sedekah di bulan Ramadhan, tetapi adakah kita mampu memperbanyakkan sedekah kita di bulan Ramadhan jika kita tidak mula dari sekarang? Perkara yang sama terhadap amalan ibadah sunat. Mampukah kita untuk solat sunat terawih 8-20 rakaat jika kita tidak perbanyakkan amalan sunat dari sekarang?

Cakap memang senang, nak buat tidak semudah itu. Ye aku akui itu. Memang kita perlukan kekuatan untuk semua ini. Pada aku, jika mahukan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai perlu ada kesusahan dan kepayahan di dunia.

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan, kelak akan kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar.”(4:122))

 Ya Allah, kekuatan itu hanya ada pada-Mu dan aku mohon Kau pinjamkan aku kekuatan itu.


Friday, October 7, 2011

ish dh pukul 6 pagi~!!

Assalamualaikum n selamat sejahtera...

"ish~!dh pukul 6 pagi~!!nape aku x terjage kul 4 pagi td..????"
(sila bayangkan keadaan di jepun. subuh pukul 04:19~05:46)



ok.. senang kata, ni keadaan bile dh terlepas waktu subuh..

ade beberape keadaan manusia bile berhadapan dengan keadaan ini..

A) alang-alang dh terlepas subuh..tido je la balik..
B) apsal roomate aku x kejut ni..!
C) ish, cepat2 bangun..pastu sambung tido balik..
D) ya Allah, ape dosa aku buat pagi semalam yg halang aku bangun subuh pagi ni..?

ni just sebahagian reaksi manusia bila berhadapan dengan keadaan ni..

kita nk jadi yg mane..?anda nk jadi yg mane..?jom jawab sendiri~!

ada dalam sebuah hadith, Rasulullah bersabda perkataan pertama yang keluar dari mulutmu adalah dirimu..Rasulullah bersabda begitu sebab ada seorang perempuan yang sedang bersedih akan kematian suaminya dan meninggikan suara dengan Rasulullah yang cuba untuk tenangkan dia..dan pada masa tu dia pon x perasan Rasulullah yang bercakap dengan dia pada masa tu..

so..the first word came out from our mouth is ourselves..so klau kite sedar diri kita camne, berusahalah tuk membuat perubahan akan diri kite..insyaAllah Allah akan mudahkan..

berbalik kepada bangun lambat subuh td..cik kerang ade terbace kt satu buku ni, tajuk dy..."Ibadah Sepenuh Hati" karangan Amru Khalid, terbitan AQWAM..

dijelaskan oleh Imam Ahmad bin Hambal. seorang lelaki pernah mendatanginya lalu berkata, "Wahai Imam! aku telah menyiapkan air wudhuku dan tidur lebih awal, agar aku bisa mengerjakan solat malam, tapi aku ternyata tidak bisa bangun"
Imam berkata, "Dosa-dosamu telah mengikatmu!jangan berbuat maksiat kepada Allah di waktu siang, niscaya kamu akan bisa bangun beribadah di waktu malam dan mengerjakan solat subuh"

oleh yg demikian, marilah sama2 kita muhasabah diri..

jadinya, klau x terbangun subuh tu, ingt balik ape yg kita bwat semlm..

hubungan kita dengan Allah camne, hubungan kita dengan manusia camne, hubungan kita dengan makhluk lain camne..ingt n muhasabah balik..

n klau anda dh terdetik untuk berubah skang ni, teruskan niat n perlakuan..

sbb mungkin hidayah Allah yg menggerakkan hati anda itu..

ingt, Allah x mengubah sesuatu umat jika dia tidak mengubah dirinya sendiri..

jangan salahkan hidayah Allah yg x sampai atau seruan yg belum kedengaran..

ayuh muhasabah diri~!..

*self reminding*

Sunday, July 17, 2011

semuanya kerana Allah

ini cerita kita..ini pertemuan kita..

kita bertemu tp x pernah bersua..

kita bertemu di jalan Allah..

lutut x pernah bertemu lutut..

namun..pertemuan kita memberi kesan dlm hidupku..

pertemuan yg x pernah bersua ini seperti persahabatan yg beratus tahun hayatnya..

pertemuan kita merupakan detik terindah dalam hidupku..

pertemuan kita ini tentuan Allah..

pertemuan kerana Allah..

namun..untuk kali ini diri ini memohon perpisahan..

ku mohon perpisahan bkn kerana kekurangan dirimu..

ku mohon perpisahan bkn kerana pertemuan kita yg x pernah bersua..

ku mohon perpisahan bkn kerana kemudahan yg menjadi pilihan utama..

percayalah..bahawa sebenarnya...

perpisahan yg ku pohon ini kerana Allah..

perpisahan yg ku pohon ini sebenarnya dugaan yg lagi besar buatku..

perpisahan yg ku pohon ini bknlah pilihan yg mudah buatku..

perpisahan yg ku pohon ini janganlah ditangisi..

kerana perpisahan kita ini kerana Allah..

percaya kepadaNya...

semua yg berlaku ini ketentuanNya..

kita bertemu di jalanNya..kita berpisah di jalanNya..

semuanya keranaNya..

perpisahan ini bukanlah bermakna kita putus sahabat..

ku percaya persahabatan kita akan kekal mekar..

kerana kita bersahabat keranaNya..

ingatlah..

perpisahan ini bukanlah perpisahan buat selamanya..

kerana aku yakin..perpisahan ini pasti akan temukan kita kembali..

kerana kita semua berada di jalan yg sama..

jalan Allah..

uhibbukifillah abadan abada..