Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban iaitu 15 Syaaban yang mana buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14 Syaaban(sebelum maghrib 15 Syaaban) dan digantikan dengan buku amalan yang baru(waktu maghrib 15 Syaaban) untuk sepanjang tahun yang berikutnya.
Berdasarkan
hasil pembacaan, berbeza dengan solat sunat terawih di bulan Ramadhan, tiada
amalan ibadah yang dikhususkan hanya pada 15 Syaaban seperti qiamulail, puasa
dan sebagainya. Tetapi semua amalan itu boleh dilakukan pada setiap masa
termasuk semasa nisfu Syaaban. Berdasarkan beberapa hadith;
Dari
Usamah b. Zaid ra. berkata, “Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam
bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”. Rasulullah
bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab
dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian
alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”-Riwayat
An-Nasaie-
Abu
Hurairah ra. berkata (bahawa) “Kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan
kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13,14 dan 15 haribulan),
2 rakaat Dhuha dan solat witir sebelum aku tidur”. –Riwayat Al-Bukhari-
Dari
Abu Hurairah ra. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku
turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman:
Mana orang yang berdoa kepada Aku, untuk Aku memperkenankan doanya? Mana orang
yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya? Mana orang yang memohon
keampunan-Ku, untuk Aku mengampuninya?”-Riwayat Al-Bukhari-
puasa
pada nisfu Syaaban termasuk dalam puasa sunat 13,14 dan 15 hari bulan pada
setiap bulan. Ibadah qiam pula adalah ibadah yang sunat dilakukan pada setiap
hari termasuk malam nisfu Syaaban di mana Allah turun ke langit dunia mencari hamba-Nya
yang memohon kepada-Nya. Peringatan untuk diri sendiri juga, di manakah kita
pada 1/3 malam sedangkan Allah turun ke langit dunia untuk memperkenankan doa, memberi
pintaan dan keampunan? Jika kita masih lena dibuai mimpi, ayuhlah kita sama-sama berusaha
untuk melawan nafsu tidur kita dan gunalah masa itu dengan sebaiknya untuk mendampingi Tuhan kita.
Ayuhlah
sahabat, tiada istilah terlambat dalam beribadah dan bertaubat kepada Allah
kecuali apabila matahari terbit dari barat ke timur. Mulakan perubahan mengikut
kemampuan, walaupun sedikit yang penting adalah berterusan. Hal ini berdasarkan
hadith;
Aisyah
ra. meriwayatkan dengan berkata bahawa Nabi bersabda “Beramallah dengan
mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga
yang jemu(dulu-penat)”. Aisyah ra. menyambung “Solat yang paling disukai
Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi
saw apabila solat, dia mengerjakan secara konsisten .”-Riwayat Al-Bukhari-
“Allah
tidak pernah jemu dengan kita sehingga kita yang jemu dahulu” malu rasanya
dengan Allah. Berdoalah secara berterusan agar Allah perbaharui dan tingkatkan iman
kita dan agar kita diberi kekuatan untuk lebih taat kepadanya, kerana itu semua
datang daripada Allah. Sungguh hidayah itu milik-Nya, namun bukanlah menjadi alasan
untuk kita berdiam diri dan menunggu hidayah itu datang dengan sendirinya, kita
perlu berusaha untuk memperolehinya dengan sentiasa mentaati perintah-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Siapalah kita untuk menunggu hidayah Allah tanpa
berusaha memperolehinya, sedangkan Nabi saw yang dijanjikan syurga tidak pernah
berhenti untuk beribadah dan mentaati Rabbnya.
insyaALLAH..jom improve same2.. =D
ReplyDeleteyosh~!jom~!!;)
ReplyDelete