Powerpuff Girls, Buttercup

Labels

favourite (8) umum (7) Ramadhan (3) life (3) info (2) saje (2) JAD (1) rAyA (1)
Showing posts with label favourite. Show all posts
Showing posts with label favourite. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

15 Ramadhan

Setelah 15 Ramadhan, baru ku sedar betapa kurangnya amalan di bulan Ramadhan tahun ini.
Baru ku sedar betapa kurangnya amalan infaq di bulan ini.
Baru ku sedar betapa kurangnya sujud malam kepada Illahi.

Ramadhan kini, berbeza dengan Ramadhan lalu.
Ramadhan lalu disambut dalam musim panas. Tempoh berpuasa hampir 18 jam lamanya. Waktu sahur seawal 0230 (waktu Jepun). Waktu berbuka selewat 1915 (waktu Jepun).

Ramadhan lalu Allah uji dengan ujian sebagai pelajar.
Hampir sepenuh hari diluangkan di makmal kerana poster presentation menanti setia.
Research ; pencapaiannya lambat, hari pembentangan semakin hampir.
Seawal sesudah sahur, terus ke makmal untuk menyiapkan eksperimen.
Sambil bereksperimen, sambil bertadarus. Mengelakkan ngantuk, dan hanya waktu itu boleh bertadarus dengan sekuat hati kerana tiada siapa di makmal.
Terawih diselang seli dengan eksperimen. Berkejar-kejar dari makmal ke surau. Semasa kesulitan, ku jadikan atap bangunan sebagai tempat terawihku. Satu-satunya tempat dikala hati sedang risau dengan masalah dunia. Tempat ku mengadu segala masalah pada Yang Maha Esa.
Allah terus menguji. Gagal dalam peperiksaan. Perlu ulang peperiksaan. Mata pelajaran yang melayakkan ku graduasi pada waktu yang sepatutnya. Hati risau, jiwa kacau. Tersedu-sedan mengadu nasib pada si pendengar setia. Diberinya kata-kata semangat. Disuruh ku kembali pada Rabbku. Terus tersedu-sedan mengadu nasib pada Rabb.
Iftar pun tiada masanya. Dan Allah kurniakan akhawat yang perihatin akan nasib, yang memberi makanan iftar untuk ku yang sibuk dengan hal sendiri.
Sungguh rezeki Allah berada di mana-mana dari tempat yang tidak disangka-sangka. Senyuman akhawat menemani iftar bersama mengubat segala gundah gulana jiwa.

Rabbku berfirman :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Percaya pada janjiNya. Ku teruskan berjalan. Berjingkit-jingkit mengelak daripada kaki tertusuk duri yang bertaburan di jalanan.


Namun, semua kedukaan, kesedihan, kepayahan Allah ganjarkan dengan kejayaan. Allah kurniakan kegembiraan. Sujud syukur padaNya atas kurniaan yang diberikan. Hanya dengan rahmatNya, belas kasihanNya dan berkat doa mak, abah dan rakan-rakan yang membantu diri untuk terus kuat.

Dulu. Itu dulu. Ramadhan dulu.

Ramadhan kini lain ujiannya.
Allah uji dengan kesenangan. Senangnya cari masjid untuk terawih dengan sedapnya suara imam mengimami terawih di malam hari. Senangnya mencari juadah berbuka puasa, hanya di bazar berhampiran dengan kediaman.
Senangnya. Senang sekali.

Namun, dengan kesenangan itu, berapa helai Quran dibaca untuk tadarus Ramadhan? Berapa lama sujud malam hari mengharap pengampunan Illahi? Berapa banyak infaq diberikan ke jalan Allah? Berapa banyak rakaat solat sunat yang dilaksanakan?

Lebih senang, semakin kurang amal?

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Dipertemukan Ramadhan kali ini merupakan satu nikmat. Satu bonus dari Allah untuk hamba-hambaNya yang kurang amalan, yang kurang pahala. Janganlah kita tergolong antara mereka yang celaka ; mereka yang tidak mendapat pengampunan Rabbnya di bulan Ramadhan.

Ayuh hiasi 15 Ramadhan terakhir kita dengan amalan yang dekatkan diri dengan Rabb kita. Praktikkan puasa dengan sebaik-baiknya. Jaga pancaindera, jaga kemaluan, jaga akhlak, jaga semuanya. Bukan hanya menjaga lapar dan dahaga.

Jangan kita baziri baki Ramadhan ini dengan keseronokan jasad, sedangkan ruh kita meronta kesakitan.



Thursday, November 15, 2012

Kalau sayang, kita buat apa?


Assalamualaikum..

Kalau kita sayangkan kucing (haiwan peliharaan), apa kita buat?
Mesti kita bagi makan. Kalau tidak pun kita belai.

Kalau kita sayangkan sahabat kita, apa kita buat untuk mereka?
Kita akan tolong mereka jika mereka dalam kesusahan, kita menjadi pendengar untuk masalah mereka, kita bergembira dan bersedih bersama.

Kalau kita sayangkan ibu dan ayah kita, apa kita buat?
Kita akan tolong mereka melakukan kerja rumah, pada hari kelahiran mereka kita sediakan hadiah, bila sudah bekerja kita sumbangkan wang ringgit.

Kalau kita sayangkan Rasulullah, apa kita buat?
Kita berselawat dan mengikut segala sunnah baginda.

Kesimpulannya, jika kita sayangkan sesuatu atau seseorang, kita akan tunjukkan kasih sayang kita dengan cara membantu mereka dan membuat mereka gembira!
Anda setuju?

Jika setuju, Alhamdulillah, sila teruskan pembacaan.
(bagi yang tidak setuju pun boleh teruskan pembacaan)

Sayangkah kita akan agama kita, agama Islam?
Apakah kasih sayang kita terhadap agama kita yang telah kita tunjukkan?
Apakah perancangan untuk melahirkan kasih sayang kita terhadap agama kita pada masa akan datang?

Mabruk (tahniah) dan Alhamdulillah pada mereka yang beragenda dalam melahirkan kasih sayang terhadap Islam.

Bagaimana dengan saya?
Saya juga dalam usaha melahirkan rasa kasih sayang saya terhadap Islam. Saya mengaku, ada masanya semangat, ada masanya merundum. Ini kerana hati itu bersifat bolak balik. Hanya Allah yang memegang hati-hati kita. Teruskan berdoa untuk ditetapkan hati di jalan-Nya.

Kalau sayangkan Islam, berdakwah sahajakah?
Banyak cara untuk melahirkan sayang kita kepada Islam.
Mengikut syariat Islam merupakan asas kita melahirkan rasa sayang kita kepada Islam. 
Solat 5 waktu sehari semalam jangan ditinggalkan dengan sengaja.
“Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”(4:103)
“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang member rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa”(20:132)
Seterusnya, menutup aurat mengikut panduan yang ditetapkan.
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.”(33:59)
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali…”(24:31)
Bukan ini sahaja, banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk membantu Islam yang kita sayangi. Dengan menzahirkan kehidupan mengikut cara Islam dengan betul, mungkin secara kita tidak sedari, cara kita telah menggerakkan hati muslim yang lain untuk sama-sama mengikut mengamalkan cara Islam dalam hidup dan insyaAllah kita telah menyumbang kepada agama Islam yang kita sayangi!
Apa pun yang menggerakkan hati manusia itu adalah Allah, bukan kita, tetapi Allah menggerakkan hati manusia itu melalui pemerhatian mereka terhadap cara kita yang mengamalkan syariat Islam tadi.

Tidak susah bukan untuk melahirkan sayang kepada Islam!

Sesungguhnya, saya menyeru diri saya terlebih dahulu untuk beramal dengan lebih banyak untuk melahirkan sebanyak mungkin kasih sayang terhadap Islam.

Jika kita sayangkan sesuatu kita bantu mereka dan buat mereka gembira bukan? Islam sedang sakit dan bersedih sekarang ini. Ayuh bantu dan gembirakan Islam!
Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk lebih sayang akan agama kita dan menunjukkan kasih sayang kita terhadap Islam dengan lebih jitu lagi. InsyaAllah.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”(47:7)

Friday, September 7, 2012

Alhamdulillah for everything


Ada tonton satu video di youtube dan suka akan ayat dalam video tu.
“Alhamdulillah for everything”
Allah uji kita dengan berbagai cara. Melalui nikmat, dugaan, kegagalan dan macam-macam lagi.
Allah juga berikan kita rezeki dan kemudahan dari pelbagai sudut yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedari.
Apa pun yang Allah kurnia dan uji kita perlu bersyukur dan berlapang dada.
“Alhamdulillah for everything”
Kadang-kadang kita rasa tak larat untuk hadapi semua ujian. Tapi kita kene percaya bahawa
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (2:286)”
Oleh sebab itu, jangan doa untuk dijauhkan dari segala dugaan dan cabaran. Tapi berdoa supaya dikuatkan iman dan hati atas segala dugaan dan cabaran. Saya juga suka berdoa supaya Allah singkapkan hikmah atas segala dugaan, cabaran dan nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.
Sebagai hamba-Nya, kita tidak layak untuk persoalkan mengapa dan kenapa Allah uji kita dengan ujian yang kita rasa berat kerana hanya Pencipta yang mempunyai ilmu tentang ciptaan-Nya dan hanya Allah yang tahu akan masa hadapan.

Allah terlalu baik!
Ada masanya, Allah tunjukkan bahawa Dia makbulkan doa kita. Alhamdulillah.
Tetapi diri ini masih alpa dan lalai akan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-Nya. Apabila sedar akan kealpaan diri sendiri, bukan bermakna duduk diam dan sedih sendirian, tetapi harus bangun and make Allah pleased!
Ye, memang rasa susah untuk bangun. Kita harus ingat bahawa yang Maha Kuat dan Maha Kaya adalah Dia dan kepada-Nya harus kita berdoa mohon kekuatan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (2:153) ”
Semoga diri ini lebih dahulu bertindak untuk membaiki diri dan iman. Dan semoga Allah buka pintu hati kita semua (saya dan para pembaca) untuk melakukan lebih banyak kebajikan. Kebajikan itu syurga balasannya.
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (4:57)”
“Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalamsyurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun (4:124)”
-Salam Aidilfitri-

Friday, July 20, 2012

The biggest sale in the whole year!



Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita semua diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa dengan Ramadhan untuk tahun 1433h ini.
Apa kaitan biggest sale dengan Ramadhan?
Sebelum menjawab dengan lebih lanjut, kita tonton dulu video di bawah. Video khutbah Rasulullah tentang Ramadhan.

Inilah rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita semua sepanjang bulan Ramadhan. Allah buka pintu-pintu syurga, tutup pintu-pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan sepanjang bulan Ramadhan ini. Allah beri ganjaran amalan berlipat kali ganda dan nafas kita Allah kira sebagai tasbih! Jelas, betapa besar rahmat Allah di bulan Ramadhan ini sehingga nafas ada ganjarannya yang tersendiri.
Sebagai ingatan kepada saya khususnya, dimanakah kita ketika Allah buka jualan hebat untuk hamba-hambanya? Ketika Allah berikan rahmatNya, adakah kita berusaha memilikinya? Allah buka pintu syurga seluas-luasnya dan tutup pintu-pintu neraka serapat-rapatnya kerana Allah mahu semua hamba-hambanya merasa nikmat syurga, tetapi adakah kita sentiasa berdoa untuk ke syurga Allah?  Kasihnya Allah kepada kita dengan memberi ganjaran khatam satu al-Quran di bulan lain hanya dengan membaca satu ayat al-Quran di bulan Ramadhan, adakah kita berusaha memiliki kasih Allah itu sedalam-dalamnya?
Astaghfirullah, hina rasa diri ini kerana sentiasa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan Allah sentiasa membuka peluang untuk kita kembali kepadaNya terutamanya ketika bulan Ramadhan. Mari kita menahan keburukan kita dan semoga Allah menahan kemurkaanNya pada kita di akhirat kelak. Semoga Ramadhan tahun ini dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada kita sebagai bekalan di bulan-bulan yang berikutnya. Perbanyakkanlah amalan kita sepanjang Ramadhan tahun ini seperti ini Ramadhan terakhir kita kerana sememangnya kita tidak pasti sama ada kita dapat bertemu Ramadhan 1434h nanti.
“Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan Al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tiada seseorang pun yang akan melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang melalui pintu ini kecuali mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua termasuk dalam golongan di atas. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita dan harap saya dapat masuk pintu Al-Rayyan bersama-sama anda semua!

Sunday, July 17, 2011

semuanya kerana Allah

ini cerita kita..ini pertemuan kita..

kita bertemu tp x pernah bersua..

kita bertemu di jalan Allah..

lutut x pernah bertemu lutut..

namun..pertemuan kita memberi kesan dlm hidupku..

pertemuan yg x pernah bersua ini seperti persahabatan yg beratus tahun hayatnya..

pertemuan kita merupakan detik terindah dalam hidupku..

pertemuan kita ini tentuan Allah..

pertemuan kerana Allah..

namun..untuk kali ini diri ini memohon perpisahan..

ku mohon perpisahan bkn kerana kekurangan dirimu..

ku mohon perpisahan bkn kerana pertemuan kita yg x pernah bersua..

ku mohon perpisahan bkn kerana kemudahan yg menjadi pilihan utama..

percayalah..bahawa sebenarnya...

perpisahan yg ku pohon ini kerana Allah..

perpisahan yg ku pohon ini sebenarnya dugaan yg lagi besar buatku..

perpisahan yg ku pohon ini bknlah pilihan yg mudah buatku..

perpisahan yg ku pohon ini janganlah ditangisi..

kerana perpisahan kita ini kerana Allah..

percaya kepadaNya...

semua yg berlaku ini ketentuanNya..

kita bertemu di jalanNya..kita berpisah di jalanNya..

semuanya keranaNya..

perpisahan ini bukanlah bermakna kita putus sahabat..

ku percaya persahabatan kita akan kekal mekar..

kerana kita bersahabat keranaNya..

ingatlah..

perpisahan ini bukanlah perpisahan buat selamanya..

kerana aku yakin..perpisahan ini pasti akan temukan kita kembali..

kerana kita semua berada di jalan yg sama..

jalan Allah..

uhibbukifillah abadan abada..

Monday, September 6, 2010

buah hatiku si intan payung


Salam

MY PROFILE


nama penuh : CHI kyuu ondan ka @ CHI kala toncyan2 (hehe..x betol..hanya gurauan..)

nama panggilan : chi

umur : beberape bulan

makanan kegemaran : ayam

minuman kegemaran : air paip

hobi : gigit tangan @ kaki orang, main ngan lalat (hobi terbaru)

ucapan : nyaa nyaa nyaa miauuu~~

untuk pengetahuan umum inilah kucingku..yg diberi nama chi..
dulu..chi ni menetap kejap kt shah alam..(tbp)..hehe..tumpang jap kt umah..sebelum di bawak ke kmpung..
jdnye, skang ni chi dh duduk kt kmpung..kt batu pahat..saje nk bg abah kucing..(sbb kucing yg ade kt umah ni sume dh mati..T_T)
bile dh sampai kt kampung ni..abah dh bg nama baru kt chi..chotet..=.="..abah mmg suke bg nama kucing kteowg nama yg pelik2..hehe~~
sian kucing aku dh bernama chotet..hahaha..aku still nk panggil chi gak~!
chi ni mmg sgtlah suke menggigit tangan owg..(tangan aku la tu..)dulu ok ag dy gigit..skang ni..mcm kucing gile dy gigit tangan..dh la sakit..chi2~~
x tau nk kata ape ag sal chi...kamu2 sume tgk lah gambar chi kt bawah ni..

ni la gambar2 chi..skang ni syok tul dy tdo kt atas kaki aku..nk gerak pon susah chi oi~!
<pd mereka2 yg x sempat nk tgk chi kt tbp aritu..meh tatap gambar budak kecik yg degil ni..>

-ok tu je dari saya..Wassalam..-

semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah

Saturday, August 21, 2010

dari sini....



dari sini...  dapatku dengar suara merdu yang memuji tuhan...

dari sini...  dapatku lihat seorang ibu dan anaknya yg sedang mengadap tuhannya..si ibu yg di barisan hadapan sesekali kebelakang melihat keadaan anak yg berada di barisan belakang...dikucup dahi anak itu...agar anak itu tidak kesepian di belakang..dan si ibu berbalik ke barisan hadapan...

dari sini...  dapatku lihat sekumpulan kanak2 perempuan...turut bersama mengadap tuhannya..berusahalah adik...agar adik sentiasa berada dalam rahmat Allah sehingga adik besar nnti..

dari sini...  dapatku lihat sekumpulan kanak2 perempuan yg lain..turut mengadap tuhan..namun hanya berlakon pada saat akhir..adik...akak harap adik x akan bwat perkara yang sama ketika dewasa kelak...Allah nampak ape yg kita lakukan..

dari sini...  dapatku lihat seorang kanak2 lelaki...bermain seorang diri...dan sesekali mencecahkan dahi ke bawah merapatkan jarak dengan tuhannya...

di sini...  jiwaku berasa tenang...hatiku seperti disentuh dengan apa yg ku lihat...ku dengar...sungguh aku percaya...semua itu adalah kawalanNya agar aku bermuhasabah diri..bila besar nnti jadi seperti si ibu itu..bila besar nnti didik anak agar tidak jd seperti adik2 yg berlakon itu..untuk masa kini dan seterusnya..jdlah seperti adik2 yg x berhenti berusaha walaupun umur yg masih muda...

aku yg di sini...  ingin sekali mengikut barisan itu...ingin aku ke barisan yg hadapan sekali...namun apakan dayaku..masanya belum tiba buatku... 

Friday, August 13, 2010

sbb aku sayang persahabatan kite....

dulu...ko kwn pertama aku kt sekolah...time tu aku sowg2...ko yg bwat aku happy kt skolah tu....
aku sayang ko...aku sayang persahabatan kite.....

maafkan aku klau ape yg aku ckp bwat ko terasa...
aku ckp sbb aku sayangkan ko n persahabatan kite.....
ye...aku bknlah owg yg baik tuk bagi nasihat itu ini.....
n aku bkn mak ko tuk membebel kt ko....suh bwat bende tu tinggal bende ni...
aku ckp...sbb aku sayang ko.....
maafkan aku klau ape yg aku ckp bwat ko terasa hati...
aku harap ko still ag nk kawan ngan aku....
dulu aku penah tegur dy...dy dh anggap aku ni baik sgt...n dy rse dy x baik n dy dh xnk kongsi cerita ngan aku ag dh...
dy bwat aku sedih....
aku harap..ko jgn rse diri tu x baik n diri aku ni baik sgt smpai ko xnk kawan ngan aku....
aku bukannye manusia yg baik...masih byk kesilapan yg aku lakukan....
aku xnk sedih ag...
harap dpt jumpe ko ag mase aku masih kt sini...
aku ckp sbb aku sayang kt ko....rindu kt ko...

semoga Allah sentiasa melindungi ko...
 (あの人がこのポストを読めば、いいな~~)