Powerpuff Girls, Buttercup

Labels

favourite (8) umum (7) Ramadhan (3) life (3) info (2) saje (2) JAD (1) rAyA (1)

Thursday, November 28, 2013

Jiwa kacau

Tak, aku tidak kuat.
Ye, aku lemah, aku sangat lemah.

Aku tak mampu nak lawan perasaan sendiri.
Tak mampu nak katakan “JANGAN!” dengan perasaan sendiri.
Hanyut dengan perasaan dan lamunan sendiri.

Hati pula, terus menerus tergoda dengan bisikan si durjana.
Terus menganggap diri mulia, semulia manusia yang ada.
Melihat yang lain jauh lebih rendah, serendah-rendahnya.
Sedangkan sebenarnya diri ini tiada harga, tiada makna.

Mata pula melilau melihat yang tak sepatutnya.
Sedangkan diri telah berlatih supaya menjaga pandangan tunduk hanya padaNya.
Mulut pula ringan menyanyikan lirik-lirik syahdu walaupun telah berusaha keras untuk meninggalkan segalanya.
Bibir ringan memberi senyuman, seperti tiada harga.
Pernah suatu ketika diri berlatih untuk menggunakan nikmat di tempat yang sepatutnya.
Tetapi, hati jadi goyah seperti tiada iman di dada.

Tapi, ternyata diri ini tewas. Tewas di medan sebenar peperangan! Berperang dengan jiwa.

Tapi, diri tidak seharusnya terus tewas!
Tak boleh terus membiarkan si durjana gelak gembira melihat diri ini tewas dengan hanya bisikan-bisikannya yang dilihat indah di mata dunia!

Diri tidak boleh terus menyerah!

Kalau sendiri yang tidak berubah, dengan siapa hendak dirayu pertolongan?

Sebab Allah berfirman,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.” (13:11)

Tapi, aku tak kuat untuk berubah. Aku tak kuat untuk melawan. Aku tak kuat untuk terus mujahadah.

Tapi, Allah ada berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (2:152)

Allah berfirman lagi,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu beriman kepadaKu, agar mereka peroleh kebenaran. ”(2:186)

Siapalah aku tanpa Yang Maha Kaya?
Jelas aku tak mampu tanpa bantuan dan kebergantungan dengan yang Maha Kuat.

Jelas, aku sedar, diri telah melencong ke jalan lain. Berjalan tanpa hala tuju dan perancangan yang sempurna.

Semoga Allah tarik diri semula mendekatinya.

Sebab aku percaya, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda;  Allah berfirman :
Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diriKu. Apabila dia mengingatKu dalam suatu jemaah manusia, maka aku pun akan mengingatinya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka aku akan  mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu, dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Shahih Muslim)

Tiada lain yang boleh aku bergantung harap selain dariNya.
Semoga diri ini akan terus bermujahadah walaupun dengan merangkak, walaupun dengan mengesot.


*Ya Allah yang Maha Kaya, hanyaMu aku bermohon!

Tuesday, July 23, 2013

15 Ramadhan

Setelah 15 Ramadhan, baru ku sedar betapa kurangnya amalan di bulan Ramadhan tahun ini.
Baru ku sedar betapa kurangnya amalan infaq di bulan ini.
Baru ku sedar betapa kurangnya sujud malam kepada Illahi.

Ramadhan kini, berbeza dengan Ramadhan lalu.
Ramadhan lalu disambut dalam musim panas. Tempoh berpuasa hampir 18 jam lamanya. Waktu sahur seawal 0230 (waktu Jepun). Waktu berbuka selewat 1915 (waktu Jepun).

Ramadhan lalu Allah uji dengan ujian sebagai pelajar.
Hampir sepenuh hari diluangkan di makmal kerana poster presentation menanti setia.
Research ; pencapaiannya lambat, hari pembentangan semakin hampir.
Seawal sesudah sahur, terus ke makmal untuk menyiapkan eksperimen.
Sambil bereksperimen, sambil bertadarus. Mengelakkan ngantuk, dan hanya waktu itu boleh bertadarus dengan sekuat hati kerana tiada siapa di makmal.
Terawih diselang seli dengan eksperimen. Berkejar-kejar dari makmal ke surau. Semasa kesulitan, ku jadikan atap bangunan sebagai tempat terawihku. Satu-satunya tempat dikala hati sedang risau dengan masalah dunia. Tempat ku mengadu segala masalah pada Yang Maha Esa.
Allah terus menguji. Gagal dalam peperiksaan. Perlu ulang peperiksaan. Mata pelajaran yang melayakkan ku graduasi pada waktu yang sepatutnya. Hati risau, jiwa kacau. Tersedu-sedan mengadu nasib pada si pendengar setia. Diberinya kata-kata semangat. Disuruh ku kembali pada Rabbku. Terus tersedu-sedan mengadu nasib pada Rabb.
Iftar pun tiada masanya. Dan Allah kurniakan akhawat yang perihatin akan nasib, yang memberi makanan iftar untuk ku yang sibuk dengan hal sendiri.
Sungguh rezeki Allah berada di mana-mana dari tempat yang tidak disangka-sangka. Senyuman akhawat menemani iftar bersama mengubat segala gundah gulana jiwa.

Rabbku berfirman :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Percaya pada janjiNya. Ku teruskan berjalan. Berjingkit-jingkit mengelak daripada kaki tertusuk duri yang bertaburan di jalanan.


Namun, semua kedukaan, kesedihan, kepayahan Allah ganjarkan dengan kejayaan. Allah kurniakan kegembiraan. Sujud syukur padaNya atas kurniaan yang diberikan. Hanya dengan rahmatNya, belas kasihanNya dan berkat doa mak, abah dan rakan-rakan yang membantu diri untuk terus kuat.

Dulu. Itu dulu. Ramadhan dulu.

Ramadhan kini lain ujiannya.
Allah uji dengan kesenangan. Senangnya cari masjid untuk terawih dengan sedapnya suara imam mengimami terawih di malam hari. Senangnya mencari juadah berbuka puasa, hanya di bazar berhampiran dengan kediaman.
Senangnya. Senang sekali.

Namun, dengan kesenangan itu, berapa helai Quran dibaca untuk tadarus Ramadhan? Berapa lama sujud malam hari mengharap pengampunan Illahi? Berapa banyak infaq diberikan ke jalan Allah? Berapa banyak rakaat solat sunat yang dilaksanakan?

Lebih senang, semakin kurang amal?

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Dipertemukan Ramadhan kali ini merupakan satu nikmat. Satu bonus dari Allah untuk hamba-hambaNya yang kurang amalan, yang kurang pahala. Janganlah kita tergolong antara mereka yang celaka ; mereka yang tidak mendapat pengampunan Rabbnya di bulan Ramadhan.

Ayuh hiasi 15 Ramadhan terakhir kita dengan amalan yang dekatkan diri dengan Rabb kita. Praktikkan puasa dengan sebaik-baiknya. Jaga pancaindera, jaga kemaluan, jaga akhlak, jaga semuanya. Bukan hanya menjaga lapar dan dahaga.

Jangan kita baziri baki Ramadhan ini dengan keseronokan jasad, sedangkan ruh kita meronta kesakitan.