Powerpuff Girls, Buttercup

Labels

favourite (8) umum (7) Ramadhan (3) life (3) info (2) saje (2) JAD (1) rAyA (1)
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

15 Ramadhan

Setelah 15 Ramadhan, baru ku sedar betapa kurangnya amalan di bulan Ramadhan tahun ini.
Baru ku sedar betapa kurangnya amalan infaq di bulan ini.
Baru ku sedar betapa kurangnya sujud malam kepada Illahi.

Ramadhan kini, berbeza dengan Ramadhan lalu.
Ramadhan lalu disambut dalam musim panas. Tempoh berpuasa hampir 18 jam lamanya. Waktu sahur seawal 0230 (waktu Jepun). Waktu berbuka selewat 1915 (waktu Jepun).

Ramadhan lalu Allah uji dengan ujian sebagai pelajar.
Hampir sepenuh hari diluangkan di makmal kerana poster presentation menanti setia.
Research ; pencapaiannya lambat, hari pembentangan semakin hampir.
Seawal sesudah sahur, terus ke makmal untuk menyiapkan eksperimen.
Sambil bereksperimen, sambil bertadarus. Mengelakkan ngantuk, dan hanya waktu itu boleh bertadarus dengan sekuat hati kerana tiada siapa di makmal.
Terawih diselang seli dengan eksperimen. Berkejar-kejar dari makmal ke surau. Semasa kesulitan, ku jadikan atap bangunan sebagai tempat terawihku. Satu-satunya tempat dikala hati sedang risau dengan masalah dunia. Tempat ku mengadu segala masalah pada Yang Maha Esa.
Allah terus menguji. Gagal dalam peperiksaan. Perlu ulang peperiksaan. Mata pelajaran yang melayakkan ku graduasi pada waktu yang sepatutnya. Hati risau, jiwa kacau. Tersedu-sedan mengadu nasib pada si pendengar setia. Diberinya kata-kata semangat. Disuruh ku kembali pada Rabbku. Terus tersedu-sedan mengadu nasib pada Rabb.
Iftar pun tiada masanya. Dan Allah kurniakan akhawat yang perihatin akan nasib, yang memberi makanan iftar untuk ku yang sibuk dengan hal sendiri.
Sungguh rezeki Allah berada di mana-mana dari tempat yang tidak disangka-sangka. Senyuman akhawat menemani iftar bersama mengubat segala gundah gulana jiwa.

Rabbku berfirman :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Percaya pada janjiNya. Ku teruskan berjalan. Berjingkit-jingkit mengelak daripada kaki tertusuk duri yang bertaburan di jalanan.


Namun, semua kedukaan, kesedihan, kepayahan Allah ganjarkan dengan kejayaan. Allah kurniakan kegembiraan. Sujud syukur padaNya atas kurniaan yang diberikan. Hanya dengan rahmatNya, belas kasihanNya dan berkat doa mak, abah dan rakan-rakan yang membantu diri untuk terus kuat.

Dulu. Itu dulu. Ramadhan dulu.

Ramadhan kini lain ujiannya.
Allah uji dengan kesenangan. Senangnya cari masjid untuk terawih dengan sedapnya suara imam mengimami terawih di malam hari. Senangnya mencari juadah berbuka puasa, hanya di bazar berhampiran dengan kediaman.
Senangnya. Senang sekali.

Namun, dengan kesenangan itu, berapa helai Quran dibaca untuk tadarus Ramadhan? Berapa lama sujud malam hari mengharap pengampunan Illahi? Berapa banyak infaq diberikan ke jalan Allah? Berapa banyak rakaat solat sunat yang dilaksanakan?

Lebih senang, semakin kurang amal?

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Dipertemukan Ramadhan kali ini merupakan satu nikmat. Satu bonus dari Allah untuk hamba-hambaNya yang kurang amalan, yang kurang pahala. Janganlah kita tergolong antara mereka yang celaka ; mereka yang tidak mendapat pengampunan Rabbnya di bulan Ramadhan.

Ayuh hiasi 15 Ramadhan terakhir kita dengan amalan yang dekatkan diri dengan Rabb kita. Praktikkan puasa dengan sebaik-baiknya. Jaga pancaindera, jaga kemaluan, jaga akhlak, jaga semuanya. Bukan hanya menjaga lapar dan dahaga.

Jangan kita baziri baki Ramadhan ini dengan keseronokan jasad, sedangkan ruh kita meronta kesakitan.



Friday, July 20, 2012

The biggest sale in the whole year!



Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita semua diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa dengan Ramadhan untuk tahun 1433h ini.
Apa kaitan biggest sale dengan Ramadhan?
Sebelum menjawab dengan lebih lanjut, kita tonton dulu video di bawah. Video khutbah Rasulullah tentang Ramadhan.

Inilah rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita semua sepanjang bulan Ramadhan. Allah buka pintu-pintu syurga, tutup pintu-pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan sepanjang bulan Ramadhan ini. Allah beri ganjaran amalan berlipat kali ganda dan nafas kita Allah kira sebagai tasbih! Jelas, betapa besar rahmat Allah di bulan Ramadhan ini sehingga nafas ada ganjarannya yang tersendiri.
Sebagai ingatan kepada saya khususnya, dimanakah kita ketika Allah buka jualan hebat untuk hamba-hambanya? Ketika Allah berikan rahmatNya, adakah kita berusaha memilikinya? Allah buka pintu syurga seluas-luasnya dan tutup pintu-pintu neraka serapat-rapatnya kerana Allah mahu semua hamba-hambanya merasa nikmat syurga, tetapi adakah kita sentiasa berdoa untuk ke syurga Allah?  Kasihnya Allah kepada kita dengan memberi ganjaran khatam satu al-Quran di bulan lain hanya dengan membaca satu ayat al-Quran di bulan Ramadhan, adakah kita berusaha memiliki kasih Allah itu sedalam-dalamnya?
Astaghfirullah, hina rasa diri ini kerana sentiasa alpa dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan Allah sentiasa membuka peluang untuk kita kembali kepadaNya terutamanya ketika bulan Ramadhan. Mari kita menahan keburukan kita dan semoga Allah menahan kemurkaanNya pada kita di akhirat kelak. Semoga Ramadhan tahun ini dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada kita sebagai bekalan di bulan-bulan yang berikutnya. Perbanyakkanlah amalan kita sepanjang Ramadhan tahun ini seperti ini Ramadhan terakhir kita kerana sememangnya kita tidak pasti sama ada kita dapat bertemu Ramadhan 1434h nanti.
“Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan Al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tiada seseorang pun yang akan melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang melalui pintu ini kecuali mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua termasuk dalam golongan di atas. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita dan harap saya dapat masuk pintu Al-Rayyan bersama-sama anda semua!

Friday, August 27, 2010

Sebelum dan Sesudah Ramadhan

ade part yg dh edit sikit
dh lame nk tulis blog ni...baru ari ni sempat...bz sgtkah??huhu...cam x je...
ari ni nk kongsi sal Ramadhan...pesanan tuk diri sendiri dan sesape yg membacenye...insyaAllah kita hayati bersama...
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"surah Al-Baqarah ayat 183(02:183)
Ayat diatas adalah dalil tuk orang2 yang beriman menunaikan rukun Islam yg ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..memula bace ayat ni..perasaan rse biasa je..Allah suruh kite puasa di bulan Ramadhan..namun setelah dihuraikan (oleh kak yati)...ayat yg mudah ini membawa maksud yg besar sebenarnye...
pd awal ayat ini..
wahai orang-orang yang beriman
Khas untuk orang2 yg beriman...orang yang beriman adalah orang yang percaya kepada Allah,malaikat,kitab,rasul,hari kiamat dan hari akhirat.. iman adalah pengakuan dengan lidah dan menyebut dengan lidah dan beramal dengan hati..ini bermakna orang yang beriman adalah mereka yang percaya kepada keenam-enam perkara di atas melalui pengakuan dan sebutan dan amalan..perkataan 'dan' di atas dibold dan dimerahkan..kerana..iman mesti mempunyai ketiga-tiga elemen tersebut..elemen beramal dengan hati mmg sukar untuk kite lakukan...tp klau kita x lakukan..adakah iman kita sempurna..?(semoga kite sume tergolong orang yg beriman)..orang yg beriman bukanlah orang yg sembarangan..kpd golongan ini diwajibkan berpuasa di bulan yang mulia, bulan Ramadhan...
part yg paling menarik sekali adalah pada akhir ayat ini..
agar kamu bertakwa
Dalam ayat ni dh bgtau kite sume...kite berpuasa agar kite bertakwa..mknenye..bulan puasa ni mmg masa yg paling baik tuk kite tingkatkan amal ibadah kite...tingkatkan takwa kite kepada Allah pencinta seluruh alam...tp takwa tu ape ek maksudnye...time kite skolah dulu kite blaja..takwa tu takut...takut kpd Allah..(menurut kak yati)..kite metaforakan takwa tu ngan sayap burung....yg kite tau..sayap burung tu ade 2..(msti ar kan..klau x camne nk terbang)..satu sayap tu adalah perasaan takut..iaitu kite takut kepada Allah...dan satu sayap ag adalah perasaan harap...iaitu kite berharap kepada Allah...dua2 sayap ni penting tuk si burung terbang...camtu gak ar ngan takwa kite...kite takut dengan Allah...dan pada masa yang sama kite berharap akan rahmat,nikmat dan keampunan dari Allah...takut dengan Allah ni x same ngan takut kite dgn makhluk Allah...sbg contoh...klau orang tu takut ngan manusia(sekumpulan gengster contohnye)...adakah dy berharap ngan manusia tu?mmg x ar kan..dy akan lari dr manusia tu atau pon mmg x mau jumpe langsung ngan manusia tu...tp takut kepada Allah mmg 180 deg berbeza...
Harapan agar kite sume dapat meningkatkan ag takwa kite kepada Allah selepas Ramadhan ni..dgn erti kata lain..semoga perasaan takut kita kepada Allah dpt ditingkatkan..bila rasa takut dh meningkat..insyaAllah kita akan lebih byk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran...insyaAllah..mudah2an kite sume bile sambut raye nnti x la lupe diri ngan mknan di sana sini... harap2 kite dapat teruskan amalan2 time bulan Ramadhan..ye..mungkin x sume amalan kite di bulan Ramadhan dpt diteruskan di bulan2 yg seterusnye...tp..moga2 amalan kite di bulan2 seterusnye lebih baik drpd amalan kite sebelum bulan Ramadhan...walaupon perkongsian hanya sedikit..harap dpt beri manfaat kepada sume..peringatan ini juga diingatkan kepada diri saya sendiri..kaiyisah binti senin...semoga Allah dpt bantu kite sume dlm melakukan perubahan untuk mendapat keredhaanNya...bantulah kami ya Allah.......
somoga kite sentiasa berada di bawah rahmat Allah..insyaAllah..
terima kasih luangkan masa bace post ni..=)