Waktu : 17:26
Tempat : bilik 171 (bilik eksperimen)
“Penat betul hari ini! Eksperimen yang aku
jangka boleh siap sebelum tengah hari, masih belum siap lagi. Hari ini memang
tak larat! Pembelian tiket untuk ke program bermasalah pula.”
Bulan 12 nanti ada program Jalinan Ukhuwwah
Musim Sejuk (JUMS) di Korea. Dengan rela hati aku menawar diri untuk
menguruskan pembelian tiket. Aku harus beli tiket dengan segera, takut tiket
semakin mahal.
Research, masih seperti itu. Masih belum dapat aku cari story yang
sesuai untuk thesis aku.
Inilah
kehidupan pelajar yang bergelar daie. Bukan sekadar belajar, namun harus
menyumbang untuk agama. Pelajaran yang diutamakan, dakwah jadi sampingan juga
bukan. Segalanya harus bergerak seiring kerana kita dicipta sebagai khalifah
untuk memakmurkan bumi Allah. Semua itu tanggungjawab kita. Dakwah dan belajar,
semuanya tugas untuk memakmurkan bumi Allah. Harus kita laksanakan.
Ramai
yang fikir, “buat apa susah-susah cari kerja lain, berdakwah bagai. Fokus pada
pelajaran je”. Jika dipandang dengan mata kasar, dakwah itu kelihatan sangat
berat tidak tertanggung dek bahu untuk menggalasnya. Tetapi, cuba kita pandang
dengan mata hati, kita pasti akan lihat satu yang luar biasa.
Sahabat
saya kata, “bukan dakwah itu yang susah, tapi bagaimana kita mahu serasikan dakwah
dengan kehidupan kita yang susah”. Tenang hati ketika mendengar kata-kata
sahabat ini. :)
Ayuh,
kita buka kembali lembaran ayat suci al-Quran, mencari janji-janjiNya
Dan
siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
(yang berserah diri)” (41:33)
…jika
ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan
memberikan pahala yang besar di sisi-Nya (4:40)
Percaya
akan janji-Nya! Pegang janji-Nya, kerana Dia tidak memungkiri janji-janjiNya.
Diakui,
kadang-kadang diri tergoda dengan bisikan syaitan dan keinginan hawa nafsu.
“sudah-sudahlah dengan kerja dakwah, pelajaran
pun tertinggal. Pelajaran perlu diutamakan!”
Tetapi,
Allah berfirman,
Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47:7)
Pada
Allah kita mengadu segala masalah. Hanya Dia ada jalan penyelesaiannya.
Ye,
segalanya perlukan pengorbanan. Berkorban masa, wang, perasaan, keinginan dan
lain-lain. Namun sebenarnya, segala pengorbanan itu adalah cara Allah mentarbiyyah
diri kita untuk menjadi khalifah yang lebih baik pada hari mendatang. Jangan jemu
dengan ujian yang memerlukan kita untuk terus berkorban, tetapi risaulah jika
kita rasa kehidupan kita begitu selesa tanpa ujian. Apabila kita rasa sudah
tidak terbendung perasaan letih, teruslah menadah tangan dan berdoa kepada
Allah, kerana semuanya dibawah kekuasaan-Nya!
…Aku
kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku…(2:186)
Allah
suka mendengar doa hamba-hambaNya. Teruskanlah berdoa dan berdoalah dengan
bersungguh-sungguh. Jika bukan esok Allah memakbulkan doamu, mungkin beberapa
tahun kemudian, hatimu akan katakan, “Allah telah memakbulkan doaku!”.
Daie
+ pelajar = bantuan Allah + ganjaran berlipat ganda+ membentuk manusia yang
lebih baik + …
Tidakkah
berbaloi segala pengorbanan kita itu? Bukan pelajar yang menjadi daie sahaja
yang berkorban, semua orang berkorban. Berkorban dalam bidang masing-masing.
Wahai
saudaraku, teruskanlah berkorban kerana Yang Maha Melihat akan memberikan
ganjaran yang berlipat kali ganda atas pengorbananmu. Ayuh kita ikhlaskan hati!