Assalamualaikum..
Kalau
kita sayangkan kucing (haiwan peliharaan), apa kita buat?
Mesti
kita bagi makan. Kalau tidak pun kita belai.
Kalau
kita sayangkan sahabat kita, apa kita buat untuk mereka?
Kita
akan tolong mereka jika mereka dalam kesusahan, kita menjadi pendengar untuk
masalah mereka, kita bergembira dan bersedih bersama.
Kalau
kita sayangkan ibu dan ayah kita, apa kita buat?
Kita
akan tolong mereka melakukan kerja rumah, pada hari kelahiran mereka kita
sediakan hadiah, bila sudah bekerja kita sumbangkan wang ringgit.
Kalau
kita sayangkan Rasulullah, apa kita buat?
Kita
berselawat dan mengikut segala sunnah baginda.
Kesimpulannya,
jika kita sayangkan sesuatu atau seseorang, kita akan tunjukkan kasih sayang
kita dengan cara membantu mereka dan membuat mereka gembira!
Anda
setuju?
Jika
setuju, Alhamdulillah, sila teruskan pembacaan.
(bagi
yang tidak setuju pun boleh teruskan pembacaan)
Sayangkah
kita akan agama kita, agama Islam?
Apakah
kasih sayang kita terhadap agama kita yang telah kita tunjukkan?
Apakah
perancangan untuk melahirkan kasih sayang kita terhadap agama kita pada masa
akan datang?
Mabruk
(tahniah) dan Alhamdulillah pada mereka yang beragenda dalam melahirkan kasih
sayang terhadap Islam.
Bagaimana
dengan saya?
Saya
juga dalam usaha melahirkan rasa kasih sayang saya terhadap Islam. Saya mengaku,
ada masanya semangat, ada masanya merundum. Ini kerana hati itu bersifat bolak
balik. Hanya Allah yang memegang hati-hati kita. Teruskan berdoa untuk
ditetapkan hati di jalan-Nya.
Kalau
sayangkan Islam, berdakwah sahajakah?
Banyak
cara untuk melahirkan sayang kita kepada Islam.
Mengikut syariat Islam merupakan asas kita melahirkan rasa sayang kita kepada Islam.
Solat 5 waktu sehari semalam jangan ditinggalkan
dengan sengaja.
“Sungguh, solat itu
adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”(4:103)
“Dan perintahkanlah
keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak
meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang member rezeki kepadamu. Dan kesudahan
yang baik adalah bagi orang yang bertakwa”(20:132)
Seterusnya,
menutup aurat mengikut panduan yang ditetapkan.
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin,
‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian
itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.”(33:59)
“Dan katakanlah kepada
para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang
(biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali…”(24:31)
Bukan ini sahaja, banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk membantu Islam yang kita sayangi. Dengan menzahirkan kehidupan
mengikut cara Islam dengan betul, mungkin secara kita tidak sedari, cara kita
telah menggerakkan hati muslim yang lain untuk sama-sama mengikut mengamalkan
cara Islam dalam hidup dan insyaAllah kita telah menyumbang kepada agama Islam
yang kita sayangi!
Apa pun yang menggerakkan
hati manusia itu adalah Allah, bukan kita, tetapi Allah menggerakkan hati
manusia itu melalui pemerhatian mereka terhadap cara kita yang mengamalkan
syariat Islam tadi.
Tidak
susah bukan untuk melahirkan sayang kepada Islam!
Sesungguhnya,
saya menyeru diri saya terlebih dahulu untuk beramal dengan lebih banyak untuk
melahirkan sebanyak mungkin kasih sayang terhadap Islam.
Jika kita sayangkan sesuatu kita bantu mereka dan buat mereka gembira bukan? Islam sedang sakit dan bersedih sekarang ini. Ayuh bantu dan gembirakan Islam!
Sempena
tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk lebih sayang akan agama
kita dan menunjukkan kasih sayang kita terhadap Islam dengan lebih jitu lagi.
InsyaAllah.
“Wahai orang-orang yang
beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu”(47:7)
No comments:
Post a Comment